Tuesday, September 18, 2007
HAK SEORANG TEMAN
Hai anak2 pesilat Gombak, ketahuilah oleh mu betapa pentingnya memilih teman yang Mu'min dan rakan yang salih kerana ia akan meninggalkan kesan yang besar dalam segi kelurusan hidupmu.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Musa Al-Asy'ari r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:
"Perumpamaan teman yang Salih dan teman yang jahat adalah umpama orang yang menjual air wangi dan tukang besi peniup api. Penjual minyak wangi, samada dia memberimu sedikit, ataupun kau membeli daripadanya, ataupun kau mencium daripadanya bau yang wangi. Sedang tukang besi peniup api, samada dia akan membakar pakaianmu, ataupun kau mencium bau yang busuk daripadanya."
Diriwayatkan pula oleh Ibnu Asakir sebuah Hadis dari Nabi s.a.w.:
"Pelihara dirimu daripada teman yang jahat, kerana sesungguhnya anda akan dikenal orang sepertinya."
HAK-HAK SEORANG TEMAN IALAH SEPERTI BERIKUT:
a) Memberi salam ketika bertemu.
b) Menziarahinya ketika ia sakit.
c) Mengucap rahmat ketika bersin.
d) Menziarahinya di rumah kerana Allah.
e) Membantunya di waktu kesusahan.
f) Menerima undangannya jika diundang.
Demi itu Kaum Asad pernah bermadah....
Sekiranya rakanku tiada menunggang di belakang untaku,
Sama bergaya, maka tiada ertinya tungganganku.
Jika temanku tiada punyai separuh simpanan makananku,
Tiada gunalah makanan itu dan tiada ertilah kelebihanku.
Kami berkongsi semua harta yang kami punyai,
Inginkan di hati biarlah dia yang lebih bukan aku.
---5:29 PM---